Wednesday, 29 March 2023

Nasi Tomato


Hidangan yang sangat sesuai untuk santapan di hari raya dan berbuka puasa . Menggunakan tomato sup minyak sapi dan susu cair sebagai bahan utama .

Nasi Tomato ini sesuai dihidangkan bersama Kuah Dalca Daging, Ayam Masak Merah dan Acar Timun.Langkah untuk menyediakan nasi ini sangat mudah walaupun bahanya agak banyak.

Nasi Kandar Deen Maju Penang

 “Hang nak pi mana tu? Penang?”Pulau ini pernah disenaraikan oleh banyak media antarabangsa antaranya Forbes, TheCultureTrip dan Thrillist sebagai salah satu bandar paling meriah dengan makanan yang best. Pada tahun 2014 pula Penang pernah terpilih sebagai “Best Foodie Destination” oleh Lonely Planet.





Penang cukup sinonim dengan hidangan nasi kandaqnya. Percutian ke Penang tak sah selagi tak beratur untuk mencuba makanan yang satu ni. Limpahan rasa daripada campuran kuah kari yang dicurahkan ke atas nasi kandar serta lauk yang diambil, cukup memuaskan deria rasa.

Nasi Kandar Deen Maju



Untuk mendapatkan pengalaman sebegini sewaktu menikmati nasi kandar, anda boleh mengerakkan kaki ke kedai Nasi Kandar Deen Maju yang terletak di Jalan Gurdwara, Georgetown. Anda boleh memilih daripada pelbagai pilihan kari yang ditawarkan seperti kari sotong, kari kepala ikan, kari ayam dan banyak lagi.
Lauknya pula, anda mesti cuba ayam goreng berempahnya yang menjadikan nama kedai ini makin terkenal. Untuk pengetahuan anda, ayam goreng ini telah diperapkan dengan 15 rempah berbeza selama 8 jam. Bayangkanlah rasanya, padu tak padu?
Seeloknya hidangan nasi kandar dengan ayam goreng berempahnya, terus dinikmati di kedai daripada dibungkus kerana rasanya akan lebih mengancam, panas dan segar dari dapur.

Alamat: 170, Jalan Gurdwara, 10300 George Town, Pulau Pinang

Waktu Operasi: 4.00 pm – 11.00 pm

Gunung Jerai Destinasi Pelancongan Untuk Pecinta Alam dan Photographer

 Gunung Jerai Destinasi Pelancongan Untuk Pecinta Alam dan Photographer - Salam sejahtera kepada semua pembaca blog makan NWH dan juga rakan2 sekalian. Tak habis lagi cite pasal percutian NWH di Kedah pada cuti tahun baru cina hari tu. Kali ni NWH sekeluarga teringin sangat nak naik Gunung Jerai alang2 dah dekatkan. Gunung Jerai berada di dalam jajahan Daerah Yan Kedah dan antara gunung tertinggi di Kedah.


Ketinggian 1,175 meter dengan suhu di anggarkan 19 - 20 darjah celcius memang tempat ini sedikit sejuk dan lembab. NWH dulu 20 tahun lepas pernah naik gunung ni tapi tu masa kecil tu pun tak sempat sampai ke puncak kerana masalah kenderaan tapi kini korang boleh naik Gunung Jerai tidak perlu bawa kenderaan sendiri. Telah tersedia pengankutan van dari kaki gunung hingga ke puncak dengan kadar bayaran RM10 untuk seorang.

Jadi kereta memang tinggal bawah jer sebab tak berani nak drive sendiri ke atas sana kerana menurut orang yang biasa naik memang jalan berliku dan selekoh yang terlalu tajam. Boleh berselisih antara kenderaan lain jadi pada yang pakar sahaja boleh naik ke atas sana. NWH tinggal kereta bawah dan naik van yang di sediakan. Perjalanan nak naik puncak gunung ni mengambil masa lebih kurang 20 minit itu pun ikut kelajuan pemandu.



Semasa naik korang boleh saksikan hutan yang masih terpelihara dengan kehijauan dan kadang2 ternampak juga beberapa haiwan liar seperti burung. Sepenjang perjalanan naik rasa teruja kerana meredah jalan yang agak bahaya serta melihat perubahan pokok dari bawah sehingga ke puncak. Nanti pada perhentian pertama sebelum puncak anda akan sampai ker Muzium Perhutanan dan Muzium Sejarah yang menyimpan segala khazanah hutan di Gunung Jerai. Tapi muzium ni hanya buka pada hari kerja sahaja datang hari cuti tak buka.




Bila sampai kat puncak korang jangan lah berharap ada seperti Genting Higland atau seperti Bukit Tinggi. Ini kerana kat atas sana hanya ada resort dan hotel yang di sediakan untuk sapa2 yang nak menginap di atas sana. Tapi Alhamdulillah bila sampai atas rasa teruja dan kesejukan dapat menghilangkan kepenatan. Teruja kerana dapat lihat seluruh kawasan padi yang luas terbentang mengelilingi gunung ini.







Itu pengalaman menarik NWH bila menaiki Gunung Jerai satu pengalaman walaupun tiada yang berapa menarik tapi sekurangnya dah merasa berada di puncaknya satu kepuasan. Pada photographer yang mencari pemandangan cantik dan suasana pengambaran menarik NWH cadangkan kat atas ini adalah tempat sesuai. Kadang2 boleh jumpa tumbuhan yang tak pernah di lihat di kawasan biasa. So datang lah ke puncak Gunung Jerai ok pasti anda rasa kelainannya. Selamat bercuti.





























Tuesday, 28 March 2023

Taman Buaya Langkawi

 


Siapa sangka yang taman buaya terbesar di Malaysia ada kat Langkawi kan?

Ya. Kalau anda nak tengok buaya — dari telur kepada kepada bapa buaya, dari buaya hidup kepada buaya mati, semua ada kat Taman Buaya Langkawi (atau Crocodile Adventureland) ini.


Dulu Terkenal Dengan Bujang Kawi
Dulu, tempat ini terkenal dengan buaya besar si Bujang Kawi. Buaya besar ini istimewa — bukan sebab beratnya yang sama dengan 7 orang lelaki, tapi disebabkan ia lahir tanpa gigi dan diasingkan dari yang lain.

Tapi ia mati pada 2014.


Post mortem mendapati ia makan sampah yang dicampak oleh pengunjung taman.

Di dalam perutnya ada plastik, wang siling (sebanyak 3 bekas) dan botol-botol kaca.

Sekarang, Tengok Bujang Basar
Penggantinya ialah buaya Bujang Basar. Buaya yang diimport dari Sandakan, Sabah ini panjangnya lebih 15 kaki (3 kali lelaki dewasa) dan adalah buaya dalam kurungan paling besar yang ada dalam seluruh Malaysia.

Kalau ke sini, datang sebelum waktu pertunjukan buaya, atau sebelum waktu Bujang Basar makan — sebab itulah tarikan utama di sini.



Pada yang nak bergambar, boleh pegang dan bergambar dengan anak buaya kat sini.

Kawasan Jurassic


Tak macam taman buaya lain kat Malaysia, Langkawi Croc Adventure ini juga ada kawasan untuk anak-anak layan dinosaur.

Kat kawasan ini, akan ada show dengan dinasour yang besarnya sampai 50 kaki.

Dinosaur yang ada kat sini pun bergerak-gerak macam real.

Waktu Pertunjukan & Makan

Waktu Pertunjukan Dinasour : 12 tgh hari dan 4:30 ptg
Pertunjukan Buaya : 10:00 pagi dan 3:45 ptg
Waktu Makan Buaya: 10:30 pagi dan 5:30 ptg


Tarikan Berdekatan
Antara tarikan yang dekat dengan Taman Buaya Crocodile Adventureland ini ( sekitar 7 km) ialah Telaga Harbor dan Oriental Village ( yang ada kereta kabel Langkawi dll)






Cara Memasak Nasi Lemak Tumis


 

Nasi Lemak Tumis

Resepi Nasi Lemak yang saya adaptasi dari resepi kak Azlita Aziz di video instagram nya. Selalunya Che Nom tak gunakan kaedah menumis kalau masak nasi lemak, tapi bila tgk kak Ita masak nasi lemak gunakan cara menumis teringin pula nak cuba. Memang betul-betul sedap kerana nasi lemak ini akan lebih wangi dan rasa manis bawang yang ditumis tu menambahkan rasa manis yang tersendiri. Sedap dihidang bersama ayam goreng berempah atau ayam rendang.
Terim kasih kepada kak ita kerana sudi berkongsi. Anda harus cuba resepi ini. 
Bahan-bahan:
  • 3 cawan beras
  • santan, agak-agak
  • 3 biji bawang merah
  • 1 sudu kecil halba
  • 1 inci halia, hiris nipis
  • 1 batang halia, ketuk
  • 1 helai daun pandan, carik dan simpul
  • sedikit minyak untuk menumis
  • garam secukup rasa
Cara Penyediaan:
  1. Basuh beras dan toskan.
  2. Panaskan minyak di atas dapur dan tumis bawang, halia, halba, serai dan daun pandan sehingga bawang lembut dan naik bau.
  3. Masukkan beras dan kacau seketika.
  4. Masukkan santan anggaran sehingga air satu ruas jari.
  5. Masukkan garam secukup rasa dan kacau sedikit supaya garam larut sekata.
  6. Tutup penutup dan pindah ke periuk nasi elektrik. Jika tidak, anda boleh teruskan masak di atas api sehingga masak.















Nasi Tomato