Gunung Jerai Destinasi Pelancongan Untuk Pecinta Alam dan Photographer - Salam sejahtera kepada semua pembaca blog makan NWH dan juga rakan2 sekalian. Tak habis lagi cite pasal percutian NWH di Kedah pada cuti tahun baru cina hari tu. Kali ni NWH sekeluarga teringin sangat nak naik Gunung Jerai alang2 dah dekatkan. Gunung Jerai berada di dalam jajahan Daerah Yan Kedah dan antara gunung tertinggi di Kedah.
Ketinggian 1,175 meter dengan suhu di anggarkan 19 - 20 darjah celcius memang tempat ini sedikit sejuk dan lembab. NWH dulu 20 tahun lepas pernah naik gunung ni tapi tu masa kecil tu pun tak sempat sampai ke puncak kerana masalah kenderaan tapi kini korang boleh naik Gunung Jerai tidak perlu bawa kenderaan sendiri. Telah tersedia pengankutan van dari kaki gunung hingga ke puncak dengan kadar bayaran RM10 untuk seorang.Jadi kereta memang tinggal bawah jer sebab tak berani nak drive sendiri ke atas sana kerana menurut orang yang biasa naik memang jalan berliku dan selekoh yang terlalu tajam. Boleh berselisih antara kenderaan lain jadi pada yang pakar sahaja boleh naik ke atas sana. NWH tinggal kereta bawah dan naik van yang di sediakan. Perjalanan nak naik puncak gunung ni mengambil masa lebih kurang 20 minit itu pun ikut kelajuan pemandu.
Semasa naik korang boleh saksikan hutan yang masih terpelihara dengan kehijauan dan kadang2 ternampak juga beberapa haiwan liar seperti burung. Sepenjang perjalanan naik rasa teruja kerana meredah jalan yang agak bahaya serta melihat perubahan pokok dari bawah sehingga ke puncak. Nanti pada perhentian pertama sebelum puncak anda akan sampai ker Muzium Perhutanan dan Muzium Sejarah yang menyimpan segala khazanah hutan di Gunung Jerai. Tapi muzium ni hanya buka pada hari kerja sahaja datang hari cuti tak buka.
Bila sampai kat puncak korang jangan lah berharap ada seperti Genting Higland atau seperti Bukit Tinggi. Ini kerana kat atas sana hanya ada resort dan hotel yang di sediakan untuk sapa2 yang nak menginap di atas sana. Tapi Alhamdulillah bila sampai atas rasa teruja dan kesejukan dapat menghilangkan kepenatan. Teruja kerana dapat lihat seluruh kawasan padi yang luas terbentang mengelilingi gunung ini.
Itu pengalaman menarik NWH bila menaiki Gunung Jerai satu pengalaman walaupun tiada yang berapa menarik tapi sekurangnya dah merasa berada di puncaknya satu kepuasan. Pada photographer yang mencari pemandangan cantik dan suasana pengambaran menarik NWH cadangkan kat atas ini adalah tempat sesuai. Kadang2 boleh jumpa tumbuhan yang tak pernah di lihat di kawasan biasa. So datang lah ke puncak Gunung Jerai ok pasti anda rasa kelainannya. Selamat bercuti.
No comments:
Post a Comment