Wednesday, 29 March 2023

Nasi Kandar Deen Maju Penang

 “Hang nak pi mana tu? Penang?”Pulau ini pernah disenaraikan oleh banyak media antarabangsa antaranya Forbes, TheCultureTrip dan Thrillist sebagai salah satu bandar paling meriah dengan makanan yang best. Pada tahun 2014 pula Penang pernah terpilih sebagai “Best Foodie Destination” oleh Lonely Planet.





Penang cukup sinonim dengan hidangan nasi kandaqnya. Percutian ke Penang tak sah selagi tak beratur untuk mencuba makanan yang satu ni. Limpahan rasa daripada campuran kuah kari yang dicurahkan ke atas nasi kandar serta lauk yang diambil, cukup memuaskan deria rasa.

Nasi Kandar Deen Maju



Untuk mendapatkan pengalaman sebegini sewaktu menikmati nasi kandar, anda boleh mengerakkan kaki ke kedai Nasi Kandar Deen Maju yang terletak di Jalan Gurdwara, Georgetown. Anda boleh memilih daripada pelbagai pilihan kari yang ditawarkan seperti kari sotong, kari kepala ikan, kari ayam dan banyak lagi.
Lauknya pula, anda mesti cuba ayam goreng berempahnya yang menjadikan nama kedai ini makin terkenal. Untuk pengetahuan anda, ayam goreng ini telah diperapkan dengan 15 rempah berbeza selama 8 jam. Bayangkanlah rasanya, padu tak padu?
Seeloknya hidangan nasi kandar dengan ayam goreng berempahnya, terus dinikmati di kedai daripada dibungkus kerana rasanya akan lebih mengancam, panas dan segar dari dapur.

Alamat: 170, Jalan Gurdwara, 10300 George Town, Pulau Pinang

Waktu Operasi: 4.00 pm – 11.00 pm

No comments:

Post a Comment

Nasi Tomato